Amir Dan Loqman Pergi Ke Laut (2014) HDTV 1080p

Sinopsis : Mengisahkan sepasang sahabat baik Amir (Shuib) dan Loqman (Syuk) yang ingin keluar daripada sebuah kumpulan gengster dengan cuba merompak kedai-kedai kecil seperti kedai kredit kerana perlu membayar RM30, 000 seorang sebagai syarat untuk keluar daripada kumpulan berkenaan. Cubaan mereka selalu gagal dek sifat mereka yang lurus bendul malah tak pernah tahu cara untuk melakukan sebarang kegiatan jenayah. Mereka yang pada awalnya menyangka akan popular, mudah mendapat teman wanita, memasuki kelab secara percuma dan pelbagai lagi kemewahan dan kemudahan apabila menyertai kumpulan gengster. Namun hari demi hari mereka mulai sedar yang semua ini adalah tidak benar. Sewaktu menganggotai kumpulan itu mereka diberikan kerja-kerja kecil yang langsung tidak memberi sebarang faedah kepada mereka; sehinggakan mengutip bola snuker yang terjatuh pun perlu dilakukan. Demi meneruskan kehidupan, Amir dan Loqman masing-masing bercita-cita untuk membuka sebuah restoran di tepi laut sebaik sahaja mereka berjaya keluar daripada kumpulan gengster. Malah memasang niat untuk membawa bersama Mata Sedih (Kunie), kakak yang selama ini menjaga mereka sejak mereka memasuki kumpulan itu. Dalam masa yang sama, Loqman pula telah digoda oleh teman wanita Big Joe, ketua kumpulan gengster mereka iaitu Balqis (Zarina Anjoulie). Pelbagai kejadian lucu berlaku di sepanjang misi terakhir mereka sehingga ada yang hampir membahayakan nyawa. Adakah mereka berjaya menyelesaikan misi untuk keluar dari kumpulan gengster? Apakah nasib yang menimpa Loqman apabila Big Joe mengetahui tentang Balqis dan dirinya? Apa yang berlaku dengan impian mereka untuk membuka restoran?

SCREENSHOOT

Genre : Drama, Komedi
Pengarah : Mamat Khalid
Tarikh Tayangan Pawagam : 23 September 2014
Size : 1.48GB
Pelakon : Shuib Sepahtu, Syuk Balas, Soffi Jikan, Zarina Anjoulie, Dewa Sapri, Tengku Sariwani (kuni), Kazar, Rashidi Ishak, Nadia Mustafar, Khairul Nizam, Mohd Zabri, Isey, Meow-meow, Daniel, Mohd Ikhwan, Mohd Azwan
Format : MKV | 1920x1080 | 3Mbps | AAC-224kbps
Download Link : Uptobox

Ulasan