Jwanita mengisahkan tentang seorang gadis bernama Jwanita (Maya Karin). Jwanita mengalami gangguan mental yang agak serius akibat kerapkali didera fizikal dan mental oleh ibubapa angkatnya. Mereka berdua adalah pengamal ilmu hitam.
Hendak dijadikan cerita, kehidupan Jwanita mula bersinar kembali dengan kehadiran Farhan (Bront Palarae). Farhan merupakan doktor yang merawat Jwanita selepas dia membunuh kedua ibu bapa angkatnya.
Namun hancur hati Jwanita kerana Farhan yang dicintainya itu, rupanya tunang kepada adik kandungnya bernama Julaika. Nasib Julaika jauh lebih baik dari Jwanita.
Jwanita menghilangkan diri pada hari perkahwinan Farhan dan Julaika. Tetapi selepas itu dia kembali semula dengan perwatakan yang sangat berbeza. Dia kembali bersama dendam di jiwa.
SCREENSHOOT
Ulasan
Catat Ulasan