SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza (2009) HDTV 1080p


Setelah lama tidak mengadakan konsert solo, Dato' Siti Nurhaliza sudah lama menanam impian untuk menjayakan sebuah konsert bagi menghargai para peminat serta mendekati masyarakat menerusi sebuah konsep persembahan yang tersendiri.

Siti Nurhaliza berasa amat gembira kerana pada tahun ini, Istana Budaya telah memberi peluang dan ruang bagi menjayakan sebuah konsert solo eksklusif yang bertujuan amal.

Konsert yang diberi judul SATU ini akan dianjurkan oleh Yayasan Nurjiwa dan diterbitkan dan diselaraskan oleh Siti Nurhaliza Productions (M) Sdn. Bhd.

Konsert SATU terilham daripada saranan Perdana Menteri Malaysia yang ke 6 iaitu YAB Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak yang memberi inspirasi SATU MALAYSIA.

Konsep SATU ini dilihat dari sudut yang mendalam daripada segenap aspek kehidupan seorang insan yang mana realitinya setiap seorang daripada kita melalui perjalanan, pengalaman, impian, peristiwa dan pelbagai rencah hidup yang akhirnya terungkap menjadi SATU.

Menerusi konsert SATU, Dato' Siti Nurhaliza diperlihatkan sebagai seorang ikon yang telah membina satu nama dalam masyarakat yang melangkaui dunia hiburan menjadi inspirasi kepada masyarakat dan penggemar khususnya dalam aspek kerjaya mahu pun peribadi, kejayaan, kehidupan dan semangatnya.

Konsert SATU juga menyatukan semua elemen yang dipersembahkan di pentas menjadi satu; muzik, efek, tarian, visual, grafik, koreografi, dan teknikal.

Sesuatu yang segar dalam SATU adalah seni pentas konsert eksklusif dipersembahkan secara tersendiri, mencipta kelainan dan diharapkan menjadi satu persembahan yang terkesan di hati setiap penonton dan mampu dikenang.

Jelas, SATU bukan sahaja mementaskan Dato' Siti Nurhaliza sebagai seorang penyanyi yang telah diiktiraf tetapi membawa penonton sama-sama menerokai perjalanan, pengalaman, arus, kejayaan, kecemerlangan, kerja keras, menongkah tohmahan namun akhirnya masih berupaya mencipta kejayaan yang memberikan sejuta inspirasi terlihat dan tersembunyi kepada setiap anggota masyarakat.

Semangat inilah yang harus disahut oleh setiap rakyat Malaysia, menjadi SATU MALAYSIA pada setiap asas dan matlamatnya yang benar dan sejati.

SCREENSHOOT
Dowload Link : Uptobox | Ads

Ulasan

  1. Sorry. nak tanya, kenapa rasa macam tak complete ya konsert ni? sebab masa tengok di astro ria, ada part yg siti pakai baju orange/chocolate tu yang nyanyi lagu wanita/cubalah mengerti. before dia nyanyi lagu yang pakai baju kimmono merah tu? sorry. just tanya je. btw, thank you, sebab dah lama cari video ni. :)

    BalasPadam
  2. boleh x record & upload malam ni punya konsert satu sebab yg ni macam xfull la...

    BalasPadam

Catat Ulasan