Penunggu Bayang (2014) HDTV 1080p


Synopsis - Pada satu malam, rumah Arman diceroboh masuk oleh seseorang. Sedar dengan keadaan itu, Arman membawa anaknya Akif dan Yana keluar dari rumahnya. Semasa dalam perjalanan untuk menyelamatkan diri, penceroboh rumah Arman itu tak disangka mengekori kereta Arman dan menyerang mengakibatkan kemalangan. Arman membawa anak-anaknya lari dan tiba disatu bangsal dimana kemudian Arman dibunuh. Lima tahun kemudian anak-anak Arman ditemui oleh sekumpulan remaja dan adik Arman iaitu Ariff, mengambil hak penjagaan Akif dan Yana. Fyda iaitu isteri Arman tidak suka dengan kehadiran Akif dan Yana namun hanya menuruti kerana mahu merampas harta yang diwarisi anak anak Arman. Fyda mengambil keputusan untuk mengambil orang gaji iaitu Yati. Sejak dari awal Yati sering memarahi dan bertindak kasar terhadap Akif dan Yana. Sejak dari itu, Yati mula mengalami kejadian pelik apabila ada satu kelibat manusia cuba untuk mencederakannya tetapi Ariff dan Fyda tidak pernah menjumpai bukti bahawa ada orang lain selain mereka dalam rumah itu. Pada satu malam, Yati diserang dan terus dimasukkan ke hospital apabila ditemui cedera diluar rumah oleh Fyda. Fyda yang semakin curiga dengan apa yang berlaku mula menyelongkar bilik Akif dan Yana dan menjumpai lukisan pelik dan juga lebihan makanan dalam almari bilik mereka. Fyda merakam penemuannya itu dan diberikan pada Ariff. Apa yang ditemui Ariff amat mengejutkan kerana Fyda berjaya merakam kelibat wanita didalam rumahnya yang akhirnya merungkai wanita itu adalah Hanim, isteri abangnya yang dimasukkan ke hospital sakit jiwa kerana masalah mental. Fyda cuba mengugut Akif dan Yana supaya tidak berbuat apa apa yang boleh menjejaskan keluarga Ariff tetapi Hanim akhirnya menyerang Fyda. Ariff yang cuba untuk menyelamatkan FYda juga turut diserang oleh Hanim. Hanim kemudiannya membawa semula Akif dan Yana ke bangsal ditempat Akif dan Yana membesar selama 5 tahun itu.

SCREENSHOOT
Pelakon : Hairul Azreen, Syatilla Melvin, Didie Alias, Dayana Roza, Aliff Hadi, Aedy Ashraff, Roy Azman, Rafael El Arash, Maisara Shahirra
Terbitan : Cube Film
Arahan : Michael Ang

DOWNLOAD LINK : Uptobox


Ulasan