Senjakala (2011) SDTV 1080p

Karlisa, baru saja kematian tunangnya di dalam sebuah kemalangan jalan raya. Sejak itu, Karlisa mendapat mimpi pelik yang memanggil-manggil gadis itu untuk pulang ke kampung ibunya iaitu Kg Senja Lama. Karlisa pernah membesar di kampung tersebut sewaktu kecil, tetapi berpindah ke Kuala Lumpur dan sejak itu tidak pernah pulang semula ke sana. Secara sembunyi-sembunyi, Karlisa bersama teman rapatnya, Isabella, pergi ke Kg Senja Lama. Mereka pergi semula rumah kampung keluarga Karlisa dan terkejut apabila mendapati Opah Maimoon, yang selama ini dianggap sudah meninggal dunia, masih hidup dan tinggal di rumah tersebut. Di kampung itu juga, Karlisa bertemu dengan seorang lelaki penuh misteri bernama Armand. Armand seorang yang pendiam dan kera sumbang. Orang-orang kampung menghindari Armand kerana Armand mempunyai saka. Armand juga mempunyai kelebihan di mana, setiap gadis yang melihatnya, akan jatuh cinta kepadanya. Armand juga pernah bertunang, tetapi tuang bernama Harlina itu meninggal dunia, pada malam hari pertunangan mereka. Karlisa mulai rapat dengan Armand dan melalui Armand, Karlisa mula mengetahui tentang sejarah keluarganya sendiri. Karlisa juga berkenalan dengan Intan, adik kepada Harlina, bekas tunang Armand. Intan dan keluarganya amat membenci Armand dan juga Karlisa, yang dikaitkan dengan kematian Harlina. Rupa-rupanya, Armand membela saka yang sepatutnya diwarisi oleh Karlisa. Dan Karlisa dipanggil ke kampung oleh saka yang mahu pulang ke tuan asalnya. Armand yang telah jatuh cinta dengan Karlisa, tidak mahu menyerahkan saka tersebut.

SCREENSHOOT
Tarikh Tayangan: 14 April 2011
Durasi: 1 Jam 30 Minit
Pengedar: METROWEALTH
Pelakon: Liyana Jasmay, Zahiril Adzim, Faezah Elai, Aida Aris, Ruminah Sidek
Pengarah: Ahmad Idham
Genre: Thriller
Audio: Malay
Subtitle: English
Quality: SDTVRip
Format: Mkv | x264 | AAC
Uploader : HD/SD Malay Film
DOWNLOAD LINK : Uptobox

Ulasan