Che Pa dan kumpulan tarian hadrahnya popular pada suatu ketika dahulu. Mereka disanjung dan persembahan mereka cukup dinantikan-nantikan oleh penonton. Namun kini, zaman telah berubah dan ramai yang tidak mengerti mengapa perlu dihidupkan semula tarian atau seni yang menampilkan lelaki berpakaian, berhias, bersolek serta bersanggul seperti wanita. Walaupun sering diejek dan dimalukan kerana pekerjaannya, Che Pa amat mengagungkan tarian ini, yang pernah menjadi punca rezeki beliau membesarkan anak gadisnya. Bibah sebelum ini bangga dengan bapanya dan pujian demi pujian dikalungkan kepada bapa beliau dan nama itu kerap kali di bibirnya di kala bersama kawan-kawan. Sehinggalah beliau berkenalan dengan seorang lelaki dan cinta memusnahkan kasih seorang anak kepada bapa. Pujian-pujian yang dahulu mekar kini bertukar menjadi cacian dengan pandangan jijik serba malu dilemparkan kepada bapanya.
Che Pa kini di persimpangan. Beliau menerima satu tawaran untuk membuat persembahan dan inilah peluang beliau untuk mengangkat kembali kegemilangan ‘Hadrah’. Beliau cuba memujuk bekas ahli kumpulannya untuk menyertainya tetapi mereka enggan. Sama seperti Bibah, mereka malu dengan dunia ‘Hadrah’ yang pernah melonjakkan nama mereka. Ada di antara ahli kumpulan yang merasakan menyertai ‘Hadrah’ pada satu ketika dahulu adalah kesilapan terbesar yang pernah mereka lakukan. Kini mereka menyesal. Kini mereka bertaubat. Tetapi kenapa menghukum Che Pa? Dosakah Che Pa? Haramkah dunia yang digelumangi Che Pa? Saksikan pengakhirannya....
SCREENSHOOT
Genre: Drama, Kesenian
Bahasa: Bahasa Melayu (Loghat Utara)
Sarikata: Bahasa Melayu
Sarikata: Bahasa Melayu
Pengarah: Sabri Yunus
Terbitan: Zeel Production
Pelakon: Nam Ron, Putri Hanan Ahmad Shukri, Amyza Adnan, Yusri Edoo, Ezany Nizariff, Fendi Seman, Rahmat Saidin (Che Mat Raja Lawak), Saidi Sabri,.
DOWNLOAD: Direct Link
Terima kasih admin. Lama dh menunggu. Terbaik!
BalasPadam