Kisah seorang gadis bernama Nurul yang mengalami trauma untuk memandu kereta selepas dia terbabit dalam kemalangan jalan raya. Bagaimanapun, adiknya, Nadia serta teman lelakinya, Huzir banyak membantu memberi semangat serta sokongan supaya dia pulih sepenuhnya. Konflik filem ini bermula apabila Jeslina, pembantu peribadi kepada Huzir, mencetuskan perbalahan antara Nurul, Nadia dan Huzir.
Akibat percayakan kata-kata Jeslina, Nadia dan Huzir sanggup menghantar Nurul ke pusat rawatan psikologi di sebuah hospital sakit jiwa. Dalam diam, Huzir sudah terpikat pada Jeslina, sehinggakan keadaan menjadi tidak terkawal apabila Huzir membuat pengakuan mengenai hubungannya dengan Jeslina. Bahagian akhir filem ini memberi kejutan kerana ia akan menguji apakah Nurul boleh pulih daripada trauma bagi merungkai segala kekusutan serta konflik yang menyebabkan berlakunya hubungan renggang dengan adiknya.
SCREENSHOOT
Pengarah: Aziz M. Osman
Penerbit: Gayatri Su-Lin Pillai
Penulis: Aziz M. Osman (lakon layar)
Dibintangi: Nasha Aziz, Amy Mastura, Azhar Sulaiman, Sharifah Aleya
Syarikat Produksi: Tayangan Unggul Sdn Bhd
DOWNLOAD: Uptobox
Ulasan
Catat Ulasan